Coretan Perjalanan Semalam (karangan)

Ditulis dengan bersungguh-sungguh oleh : Mr. Saint

Entri kali ini, agak membosankan. Betol. hanya bererti pada diri aku je, & pada yang x menghargai mase je bleh bace. Aku cakap. kalo kowang x nak, xya la bace. K la. K la. Aku cume, ingin mencoretkan ape kate hati. Hati kecil yang berbicara, yang jarang sekali mengalami perasaan sebegini. Perasaan riang yang x terhingga, tenang, lembut, bahgia & yang seangkatan dengannya. Oi ! Oi ! dah². Kowang x ya la bace. Ini cume bingkisan hati, hati aku & bagi sesiape yang ingin menghayati je patut bace. Hmm. Patutkah aku teruskan ? Yeah... akan ku teruskan, bermain dengan perasaan, bermain dengan fantasi yang wujud dalam benak kecilku ini. Hati kecil berbicara. Weyyyyyyyy !!! sudaa laa... Aku cakap entri nehh buwinkkkkk... Ugi je kowang bace Oi!. hanye aku je yang paham perasaan aku. Ah! lantak kowang la. Kalo buwink kang jangan salakan aku. jangan mara aku. Aku da cakap, entri ni hanye untuk aku bermain ngan perasaan aku. Aku akan tanya & aku gak yang akan jawap.

Semalam... Semalam ? Kenape aku menulis entri harini ? Sebab semalam. Semalam adalah hari yang sangat menggembirakan hati ini. hati kecil berbicara. Aku rase aku telah kembali ke 1 mase, yang pada zahirnya kini, xkan dapat ku kecapi lagi. Setiap saat aku hargai dengan baik. Segala ape yang aku lakukan, segale ape yang aku tuturkan, segale ape yang berlaku pade mase yang sangat singkat tuh, Aku hafal semacam ade skrip depan mata aku pada setiap saat itu. Kenape aku hafal ? sebab, masa itu, saat itu, hanya ade aku, hanya ada DIA, hanya ada dunia. Aku x macam aku, aku simply akan jadi owang laen, bukan selalu. Tapi hanya bila bersama DIA. Kecerdasan fizikal & mental yang melampaui batas biasa, pemikiran yang membuahkan idea seluas alam, pemandangan yang sangat patuh pada stiap gerak geri & perbuatan yang lemah lembut bak sang puteri. Dari mana datangnya sume ini ? Aku bersumpah, aku tidak melakukan dengan sengaja. Aku sebagai dikawal oleh perasaan ku sendiri. Sejarah. Semalam adalah Sejarah, Hari ini ialah pemberian, Esok, & esok hanya misteri. Bisik hati kecil ku. Ah! biarkan. Memang sengaja aku membuka seluas² hati ini, kubiarkan terbang pergi ke sejauh² pandangan mata.

Pagi, sabtu, 21.3.2009. Seawal 6.30 aku telah bangun dan membantu ibuku menyediakan bekfest untuk ayahku yang masih lagi tidak begitu bertenga selepas menjalani pembedahan pada khamis sebelumya. Hati kecil bicara, Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. abah keluar wad pada hari jumaat petang. 8.00, aku dah tercegat depan pintu rumah & bersiap sedia meneman ibuku ke pekan sari xjauh dari rumahku. Sedang sibuk2 membawa barangan yang penuh ditangan Tiba², terserempak dengan kawan lamaku, sangat lama tidak berjumpa. Sejak dia sekeluarga berpindah ke Melbourne, Australia belasan tahun dulu. Masa itu, semua masih terlalu muda atau terlalu kecil untuk mengenal diri, erti hidup, rencah kehidupan. Hanya bermain, makan, tido, main balik, & begitulah seterusnya. Terasa pula akan kerinduan pada zaman persekolahan, dimana bagiku sangat sarat dengan memori silam yang penuh kegembiraan, hanya kegembiraan. Hati kecil bicara, kawan²ku, sahabat²ku, Syurgaku, kekasihku. Dimana kamu semua menghilang ? Hanya yang Esa tahu bertapa aku merindui, Setiap saat, setiap apa yang kami semua lalui, penuh dengan kenagan² manis, suka duka yang takkan senang ku lupakan, & insyallah tidak juga hingga akhir hayat. Masa berlalu pergi, kita sudah menempuh alam remaja & seterusnya akan menempuh alam dewasa, dimana segalanya telah berubah, pemikiran yang lebih matang, tanggungjawab yang lebih besar dipikul.

Melbourne, pernah terlintas di benakku untuk pergi ke sana, bercuti, sambil ditemani insan tersayang. Hati kecil bertanya, kenapa kau kembali ? Kenapa kau kembali setelah segalanya berakhir ? Kenapa dulu kau pergi, pergi berlari meninggalkan diriku ? Kenapa, kenapa, kenapa???. Persoalannya kenapa ? Hati kecil bicara, adakah aku telah kembali, kembali kepada sesuatu yang kau impikan terdahulu ? Adakah semuanya telah kembali seperti sedia kala ? Hanya tuhan yang mengetahui. Kata kawanku, dia bersama keluarga kini kembali menetap di Malaysia kerna, sudah tidak ada lagi apa² yang bahagia disana. Cuma yang tinggal, sisa² kenangan hidup yang x mungkin akan dikembalikan lagi pada asalnya. Akan kerana kegawatan ekonomi yang melanda dunia skarang. Ayahnya berkeputusan untuk menjual segala kemewahan, pekerjaan, perniagaan & segala kenangan & berlari pulang ke tanah air. Memulakan hidup baru adalah sangat sengsara. Inikan pula di tanah air, tanah tumpah darah sendiri yang mana tlah terlalu asing bagi mereka². Hanya yang cekal mampu meneruskan semuanya. Cuba bangon setelah kejatuhan yang teramat...

Begitulah juga aku, yang kembali memulakan hidup baru, setelah segalanya musnah, hampir 2 thn yang lalu. Xkan ku ingat kembali kisah silam tersebut. Cuma, kebelakangan ini, semakin ingat, & semakin kuat kembali ingatan ke arah peristiwa tersebut. Alhamdulillah, segalanya kembali, aku kembali menjadi diriku, tapi masih lagi "lost" kecuali aku kembali pada hidupku sebelum peristiwa itu terjadi. Tengah hari, sabtu, 21.3.2009. Aku mendapat offer dari seorang teman yang lain, mengajakku pergi ke satu karnival. Karnival pekerjaan. Yang mana berlansungya di sebuah institusi pengajian di Temerloh, Pahang. Sangatlah teruja untuk aku mengikuti dia ke sana, walhal sebelum ini, banyak juga karnival seakan diadakan, bahkan ada yang lebih meriah lagi, xkan aku mempedulikan, sebab, bagiku bukanlah tempat sebegini yang aku impikan untuk pergi. Cuma, kali ini, ia berlainan dengan yang kebiasaan. Hati kecil bicara, adakah ini satu permulaan baru ? Adakah ini akan mengembalikan segalanya ke sedia kala ? Oh! tidak, tidak mungkin tetapi, tidak juga mustahil.

Hati kecil berbicara, menangis gembira kerana masih diberi peluang oleh yang esa bagiku mendampingi hati wanita yang masih berada di tempat ke2 dalam hidupku selepas ibuku. Walaupun kini aku bukan miliknya, begitu juga sebaliknya. Akan tetapi walau pada zahirnya tidak lagi, dia adalah tetap kekal milikku selamanya. walau hingga jasad terpisah dengan nyawa. Uhh. Dah terlalu jauh melayan perasaan. Aku kembali, kembali dengan coretan, coretan perjalanan semalam. Hampir 5 petang, aku sampai ke perkarangan IPT, sudah terlalu lambat untuk menghadiri karnival tersebut untuk siang harinya. Takpe, Malam masih belum muncul lagi. Aku dan kawanku, memutuskan untuk pergi ke Lubok Yu, kawasan rekriasi berair,
yang sesuai untuk aktiviti & rekriasi bersama keluarga. Perjalanan mengambil masa kurang 30 minit, sampai sudah ke destinasi yang ditujui. Tanpa berlengah, kami turun bermandi manda hingga hari hampir malam.

Kawanku berkeputusan pulang terus ke rumah setelah itu. Tak berkesempatan untuk menghadiri semula karnival pada malamnya. Takpe, aku masih ada aku, adikku & kawan²nya. Kerana penat, berhasrat juga untuk pulang ke rumah setelah menumpang mandi di hostel kawanku. Niat asalku untuk kesana juga telah dilupakan. Mungkin tiada jodoh untuk bertemu si DIA. Malam melabuhkan tirai. Lokasi pada waktu ini adalah hostel lelaki IPT. Ala, menumpang mandi aje. Bukan watpe pown. lagipun, aku mintak kebenaran. So, xde masalah. hihi. Setelah sumenye selesai, aku tetapkan keputusan untuk pulang tetapi semuanya berubah, apabila hujan rahmat Allah turun selebat²nya membasahkan setiap apa yang ada di atas permukaan bumi yang tak dilindungi. Mengubah segala keputusan menjadi kepada asal seperti siang tadi. Aku terima panggilan dari DIA mengatakan yang DIA tetap ingin berjumpa denganku. Hati kecil bicara, alangkah indahnya perasaan, terasa inginku bernyanyi, mengikuti rentak si katak yang sentiasa rindukan hujan, siulan cengkerik yang sentiasa menemani kesunyian malam, begitulah juga aku, ingin menyanyi mengisi kerinduan hati. So, akhir keputusan, hanya adikku & kawannya sahaja yang pulang. Aku pulak ape lagi. Tinggal la, sebagai pendatang haram sepenuh masa kat situ walau sementara. Xpelah. Kena cekup apa yang terjadi akan ku biarkan. Itu blakang punya cerita, asalkan dapat aku berjumpa dengan si DIA, itu semua satu pengorbanan yang cukup berbaloi.

Hujan kembali mencurah ke bumi tuhan yang maha kaya. & dalam pada tu juga aku berjumpa & bersama dengan DIA, setelah sekian lama tidak berjumpa, akhirnya. Hati kecil bersyukur & gembira tidak terhingga, tak terungkap dengan kata². Hanya yang maha esa mengerti hakikat akannya. Pertemuan kali pertama tidak begitu lama. Hanya beberapa ketika, dalam pada masa itu, sempat juga berbual kosong, bergurau senda & makan char kuey teow yang mane ialah fevret aku juga. Padahal sebelum tu, aku dah telan 2 magkuk mee sup, siap mintak 2² mangkuk penuh lagi. Hanya tuhan tahu bertapa kenyangnya ditambah pula dengan kuey teow. Tapi, untuk mengelakkan sesuatu yang x diingini. Aku sebat jugak. Memandangkan DIA lapar, xmakan lagi & ingin makan char kuey teow tu bersamaku. Tanpa lengah sambil berlari anak dalam hujan kami menuju ke gerai itu, hanya untuk bersama DIA.

Hari semakin lewat, hujan sudah mula reda & karnival juga hampir melabuhkan tirai. Tidak pernah ku peduli akan keadaan sekeliling jika DIA bersamaku. Hanya akan kubiarkan mataku melihat & menatap wajahnya hingga DIA sendiri tersipu² malu dengan perbuatanku. Biarkan, kerana itulah kegilaanku, menatap wajahnya, matanya. Sungguh ayu & pada pandanganku, tiada yang lebih sempurna dari apa yang kulihat dari DIA berbanding wanita lain seumur dengannya. Adakah ini dinamakan CINTA? Hanya tuhan yang bisa mengerti. DIA tetap DIA, masih tidak berubah, perwatakannya, riang ria & gurau sendanya, keayuan wajahnya, semua telah terlalu sebati dengan hidup diri aku. & tak pernah kunafi, DIA lah sebaik² insan yang sentiasa bertakhta di hatiku.

Tengah hari ini, Ahad, 22.3.2009. Aku. Aku masih disini, Aku masih menanti. Cuma, aku perlu pulang. Oleh kerna pertemuan sebelumnya masih belum cukup menghilangkan rindu dihati, amat berat bagiku untuk pulang kerumah. Tapi, apakan daya. Aku tetap perlu pulang kerana, tanggungjawabku lebih besar menanti. Tak sanggup aku meninggalkan ibu & bapaku sendirian di rumah, setelah seharian tadak pulang. Kali ini aku tidak berharap untuk berjumpa lama dengan DIA. Cukup sekadar ucapan selamat tinggal & tatapan wajah buat kali akhir. Kerana untuk sesaat ini, cukup bagiku untuk mengingat wajahnya buat waktu yang cukup lama, selagi kerinduan & cinta untuk DIA, masih kuat dalam hati ini. Apa yang diplan x jadi. Rupanya hari ini lagi panjang waktunya hingga sempat aku makan tengahari & berbual panjang dengannya.

Jam menunjukkan hampir 4 petang. Banyak kali juga aku dipelawa olehnya untuk melawat kawasan pertanian bersama kawan²nya yang lain. Aku terpaksa menolak atas dasar aku perlu pulang. Bukanlah aku tidak mahu. Tetapi jika masa yang diperuntukkan untukku cukup panjang, sumpah, tidak akan aku menolak walau 1 pun permintaannya. Kerana, memenuhi segala permintaan DIA kuanggap sebagai tanggungjawabku yang mana ia bukan satu perkara yang tidak penting. Hari ini, disaat ketika aku menulis blog ini. Perasaan seperti yang aku nyatakan tadi telah tiada lagi. Aku sangat rindukannya. Rindukan perasaan itu. Bila lagi akan aku merasainya ? Aku sendiri tidak pasti tentangnya. Aku inginkan perasaan ini. Perasaan yang hanya akan muncul, hanya bila bersama dengannya. hanya bila bersama DIA.

Aku Akhirkan coretan perjalanan semalam, disini,
Aku ingin berlari, berlari & terus berlari,
Berlari ke arah sesuatu @ berlari meninggalkan sesuatu,
Itu bukanlah sesuatu yang utama,
Aku hanya, ingin berlari,
dan terus berlari.

Seribu Tahun

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku
Kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan Sedia setia

Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku Kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Terlelah gelombang lautan Ku masih setia

Adakah engkau yakin
Ini cinta
Adakah engkau pasti
Ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi Tapi benarkah hidup aku
Kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan Sedia setia
jangan putus harapan
Sedia setia

* Imran Ajmain - Seribu Tahun

All image, content, data & everything in this blog are copyrighted subject to beautiFOOLive™. Simply do not copy any of this blog content without proper permission. Using other peoples thing may be bad maners, or worse, copyright infringement. Cooperation will be appreciate much. thnx.

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Copyright © 1987-2009.Saint77 Art & Design™