Jom melawak nak ?

Ditulis dengan bersungguh-sungguh oleh : Mr. Saint
Malam minggu yang sangat membuwinkkan kat koleh "kesayangan" ku inih. Dah x de keje aku pusing², spam blog² membe, Tengok muvee & last skali aku pown dah nek fenin nak watpe g. Pikir punye pikir banyak la plak idea sampai. teringin aku nak melawak. entri kali ni aku nak melawak je. Dalam mase aku menyusun file² yang bertabur dalam pc aku, terjumpelah aku koleksi lawak yang ntah bape lame dah wujud dalam adisk ku iniyh. Well...
enjoii...

Lawak 1 - Arahan Selanjutnya
Seorang askar baru sedang bertugas mengawal pintu masuk utama. Arahan untuknya adalah jelas. Tiada kereta dibenarkan masuk kecuali mempunyai sticker khas di cermin hadapannya.Sebuah kereta tentera yang besar datang dengan seorang Jeneral berada di dalamnya. Askar pengawal itu berkata :
"Berhenti!. Siapa di dalam?"
Pemandu kereta berkenaan, seorang Korporal menjawab :
"Jeneral Zaini".
Askar pengawal membalas :
"Maafkan saya. Tuan tidak dibenarkan masuk kerana kereta ini tidak mempunyai sticker khas pada cermin kenderaan tuan".
Jeneral itu berkata :
"Pandu terus!"
Askar pengawal itu kemudiannya berkata :
"Nanti dulu!. Tuan betul-betul tidak dibenarkan masuk. Saya mendapat arahan untuk menembak jika tuan cuba masuk tanpa sticker khas."
Jeneral itu kemudiannya berkata kepada Korporal di hadapannya :
"Saya beritahu kamu, jalan terus!"
Askar pengawal itu kemudiannya merapati cermin belakang kereta dan berkata :
"Jeneral, saya baru dalam perkara ini. Adakah saya perlu menembak tuan atau pemandu tuan?".

ps: LOL !

Lawak 2 - Perihal 2 sahabat yang...BEBAL!
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata :
"Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!"...
Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing...

ps: OWNED !

Lawak 3 - Gajah Liar
Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara. Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan :
"Awas, kawasan gajah liar!"
Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum. Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan :
"Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu."
Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara. Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi :
"Atuk engkau kat mana skang?".
Pengembara yang tersenyum tadi menjawab :
"Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!"

ps:OWNED !

Lawak 4 - Gile Kere[spesis monyet]
Seorang ayah mempunyai anak gadis yang suka sangat 'bergayut mcm kere' kat telefon. Setiap kali menerima telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai 5 jam tanpa henti.. Entah apa yang dibualkan pun tak tahulah... Suatu hari.. telefon berdering, anak gadisnya bergegas mengangkatnya. Ayahnya mengeluh kerana sudah pasti 5 jam lagi baru selesai... Tapi.. Alangkah terkejutnya.. apabila anaknya itu cuma berbual selama 2 JAM bukan 5 Jam seperti biasa..
"Tunggu sekejap.... Siapa yang talefon tu?"
tanya si ayah uang kehairanan..
"Tak tahu la ayah... salah Nombor!"
jawab anaknya sambil tersengih & berlalu[dgn selambe] dari tempat kejadian..

ps: OWNED !

Lawak 5 - Gua Ajaib
NI KISAH SI BEDAH BERUMUR 7 TAHUN.

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia :
"Pak, itu amenda pak?"
Bapak di jawab :
"Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif pon tutup pintunya.....tidak lama kemudian lif terbuka...KTINGGGG!!!!! keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah :
"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!"

ps:HA³ Sangat² LOL !
All image, content, data & everything in this blog are copyrighted subject to beautiFOOLive™. Simply do not copy any of this blog content without proper permission. Using other peoples thing may be bad maners, or worse, copyright infringement. Cooperation will be appreciate much. thnx.

Copyright © 2009 Saint77 Art & Design™.