Stress !

Ditulis dengan bersungguh-sungguh oleh : Mr. Saint

Stress.. Ape itu stress? Adekah aku sedang stress ? Warghhhh... huuhuh :(. Stress pade dasarnye ialah gejala tekanan Mental, tekanan mental yang camne ? itu kite tataw. haha XD

Tekanan mental adalah sebahagian daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak balas.

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental anda:

* Makan makanan seimbang tiap-tiap hari
* Bersenam atau riadzah secara kerap
* Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
* Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik
* Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana
* Selalu berpandangan positif and fokus kepada sifat-sifat baik anda
* Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
* Bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai
* Mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit.
* Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi.

All image, content, data & everything in this blog are copyrighted subject to beautiFOOLive™. Simply do not copy any of this blog content without proper permission. Using other peoples thing may be bad maners, or worse, copyright infringement. Cooperation will be appreciate much. thnx.

Copyright © 2009 Saint77 Art & Design™.