Ditulis dengan bersungguh-sungguh oleh :
Mr. Saint
Oke. Berkenaan dengan tajuk diatas, entri² yang akan datang akan aku selitkan dengan selingan lawak, prank & semua yang berkaitan dengannya. Aku rasa aku dah ada terlalu banyak koleksi lawak & ingin aku berkongsikan dengan semua.
Harap dengan adanya entri² seperti ini aku dapat menarikkan & menginteraktifkan lagi blog aku & seterusnya menambah bilangan pembaca setia. Yeyehh !. Bagi aku, Pembaca & pengikut yang setia itulah poin terpenting untuk memiliki sesebuah blog & mencapai impian aku menjadi blogger mahsyur seperti Khai, Flisterz, Bob, dan lain² lagi. Mungkinkah BeautiFOOLive™ ku ini boleh setanding dengan mereka juga? Haha. Insyallah. Yang baik² semuanya dari tuhan. Baiklah. Takmo melengahkan masa kerana pagi dah cukup suntuk untuk aku menulis entri. Untuk yang kali pertama ini, aku ingin berkongsikan 1 kisah tentang :
Terlepas Perhentian Bas
Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak. Seorang lelaki muda
bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke
tempat duduknya dengan lembut sambil berkata "Terima kasih, saya lebih
suka berdiri".
Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itu menolaknya duduk
semula dan menyatakan yang dia nak berdiri. Kali ketiga bangun, lelaki
muda itu itu menjerit,"kak,saya nak turun. Saya dah terlepas perhentian saya.
All image, content, data & everything in this blog are copyrighted subject to beautiFOOLive™. Simply do not copy any of this blog content without proper permission. Using other peoples thing may be bad maners, or worse, copyright infringement. Cooperation will be appreciate much. thnx.
Copyright © 1987-2009.Saint77 Art & Design™