Happy Mothers Day

Ditulis dengan bersungguh-sungguh oleh : Mr. Saint

Tengok pada tajuk je mesti korang dah taw yang entri kali ini adalah tak lain & tak bukan ialah entri dedikasi untuk ibu sempena "Hari Ibu". Hari ibu, berdasarkan wikipedia, adalah hari peringatan terhadap peranan seseorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, dan dalam lingkungan sosialnya.

Oke, cukop untuk itu. Di Malaysia, Hari Ibu biasanya disambut pada hari ahad minggu kedua bulan mei tiap² tahun. Jika nak difikirkan, hari ahad minggu kedua bulan mei, tidak ada yang luar biasa berbanding 364 hari yang lainnya. Tetapi dalam sedar atau tidak, hari ini adalah hari yang ditetapkan untuk menghormati ibu kita.

Tetapi, perlulah diingat bukan sekadar hari ini sahaja untuk mengingati & menghormati seorang ibu. Ya. Tak perlu lagi ditanya akan pengorbanan seorang ibu kerana kita sendiri tahu menilainya & pasti, ia tidak dapat dinilai dengan sebarang. Cukuplah untuk dikatakan kita dapat melihat dunia ciptaan Allah ini. Kerana tanpa ibu, siapalah anak², siapalah kita.

Selamat hari ibu. ibu, anakmu ini doakan kau sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & diberkati Allah dunia akhirat.

Sedikit Renungan


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
**ihsan : Nuriman wordpress **


Sedarlah wahai kawan, sahabat, adik beradik, saudara & semua yang seangkatan denganku. Sedarlah, ingatlah pengorbanan & hati budi seorang ibu. Kepada yang masih mempunyai ibu, peluklah, ciumlah dia, tumpahkan kasih sayang sebanyaknya kerana hanya dialah satu satunya yang berpenat lelah memberi kasih sayang yang tak pernah tak cukup dari kecik sampailah ke tahap yang kita mampu berdiri sekarang. & Kepada yang ibu mereka telah pergi, janganlah bersedih sebaliknya doakan ibu, bacalah yassin padanya. Sesungguhnya tidak ada yang akan tinggal melainkan semuanya kembali ke asalnya.

Updates by google.

Untuk pengetahuan anda, samada perasan @ tidak, baru sebentar tadi ku lihat Google Search juga telah mengupdate main picture pada Search Engine dorang dengan gambar ini :

* sila klik pada gambar untuk mengacess cariannya.

All image, content, data & everything in this blog are copyrighted subject to beautiFOOLive™. Simply do not copy any of this blog content without proper permission. Using other peoples thing may be bad maners, or worse, copyright infringement. Cooperation will be appreciate much. thnx.

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Copyright © 1987-2009.Saint77 Art & Design™