Mari Berjenaka

Ditulis dengan bersungguh-sungguh oleh : Mr. Saint

ssalamualaikum. Hari ini 1st entri baru akan masok kat blog ini setelah skian lame menyepi & hampir2 agak nak pupus jugak da. Tiada update baru & cerita2 sensasi baru yang ingin aku tuliskan cuma hari ini terasa cam nak menulis. Bile blog da diberi pembaharuan, ditokok tambah menjadi lebih Hemsem. Terasa sayang nak buang & terasa sayang dah plak nak biakan ia kosong & usang. So, ade baiknye kalo aku serikan dengan entri entri yang cambest. Bile ade entri baru, maka adala yang membaca, bile ade yang membace, ade yang komen (insyallah), & xde la aku rase boring. Bile x boring xde la aku terase membuang mase berhari-hari mengkoding (yang super sakit kepale) blog nih, hanya untuk tatapan aku sowang... LOL. zzz...

Ah ! sudah. Mengarut lebeh je plak. Memang aku xde ape sangat nak ditulis hari ini. Tapi... Haaa... terlupe lak. Berkenaan tajuk entri ini, "mari berjenaka". Hampir aku terlupa. Aku nak melawak lagi dengan koleksi cerita lawak dalam simpanan aku. Ape yang korang perlu buat ?. ENJOYYYYYYYYYYYYYY !!!

Cerita 1 - Jangan Ketawa


Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

" Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

" Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

" Tidak... ", jawab wanita itu.

" Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa ", gadis itu masih tak berpuas hati.

" Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " katenye lah kan. Haha.

Cerita 2 - Pandainyeee Anak Aku


Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.
Ibu : Jadi?
Anak : Semua orang gelak, kecuali saya.
Ibu : Man anak yg baik.

(Si ibu mencium dahi anak nya)

Anak : Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?
Ibu : Siapa?
Anak : Sayalah.
Ibu : Cis

Cerita 3 - Jom Membunoh Syaiton


Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu
berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/
bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr ? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan....... bang ?".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Haha. Oke. Kesian btoi si "abang" Hari-hari nak kene bunuh syaitan. Xboleh tahan gak. So, dengan ini tamatlah sudah entri ini. Lawak ke ? X lawak ? Ape aku peduli. Haha. Jumpe lagi di entri akan datang. Babai
All image, content, data & everything in this blog are copyrighted subject to beautiFOOLive™. Simply do not copy any of this blog content without proper permission. Using other peoples thing may be bad maners, or worse, copyright infringement. Cooperation will be appreciate much. thnx.
Copyright © 1987-2009.Saint77 Art & Design™