Selamat Hari Cikgu Cikgi.

Ditulis dengan bersungguh-sungguh oleh : Mr. Saint

Baik. Jika 10 may 2009, iaitu ahad lepas aku membuat special entri tentang hari ibu, hari ini (16 may 2009), diadakan sambutan Hari Guru pula. Di Malaysia, Hari Guru disambut pada 16 mei tiap² tahun. Sambutan ini biasanya dilakukan di setiap sekolah dimana hari ini sepenuhnya diisi dengan event² seperti pertandingan, kuiz, ucapan, & sebagainya bagi mengingati setiap jasa & pengorbanan seorang guru yang mendidik anak² pelajar di sekolah.

Hari ini, aku hampir memasuki umur 22 tahun, masih meneruskan pembelajaran di Kolej, setelah tamat pengajian rendah, menengah & tinggi di :
Rendah : Sk Kerdau (1-6)
Menengah : SMK (a) Al-Khairiah (1-3), SMK Kerdau (4-5)
Tinggi : SMK temerloh (ting6)

Hari ini, setelah hampir 14 tahun aku melalui zaman persekolahan, & hampir 3 tahun meninggalkannya, masih terasa akan segala kenangan yang berlalu bagai baru semalam aku menamatkan pengajian di sekolah. Dalam tidak sedar, baru hari ini aku terasa akan hadirnya sambutan Hari Guru ini. Yelah. mungkin dulu, masa bersekolah, sambutan hari guru tidak terasa seprti sepatutnya. Ramai yang menganggap hari ini sebagai sambutan untuk pelajar kerana seharian tiada kelas, ada yang tidak pernah menghadiri lansung sambutan hari guru sepanjang persekolahan & banyak lagi la. Terlalu panjang entri ini jika aku nak menulis kesemuanya.

Antara warga guru yang banyak memberi jasa kepadaku :

Saipuddin Bin Abdullah
Ayah aku sendiri. Bekas guru Pendidikan Islam di SK Kerdau. Paling banyak mengenalkan ku erti kehidupan.

Miss Dan Hney Ling (skang dahh mrs kot ???)
Paling xbole lupe la. Sebabnya hanya tuhan & kenalan² rapat je yang taw. bekas guru matematik sk kerdau.

Tuan Said Abdullah
Bekas guru besar SK Kerdau,Bekas guru disiplin SMK Temerloh, mentor aku mase fm6. cool !

Teacher Linda
Guru English aku mase fm6.

Teacher Aina
Guru English aku mase sekolah rendah pulak. Masih mengajar di SK Kerdau.

Cikgu E @ Nokhairi
Dah x ingat mengajar ape, tapi selalu tiap² pagi mmg aku jumpe die, bagi singgit & simpan dalam akaun BSN sampai pernah aku menggondol award 3 tahun berturut² penyimpan paling aktif. Cool. Guru SK Kerdau. Banyak mengingatkanku tentang menyimpan & tak boros belanja.

Cikgu Shah (suami cikgu E)
Bekas Guru Besar SK Kerdau, kalo x silap skang menjadi Guru Besar di SK Lipat Kajang.

Puan Umbi
Cikgu BM yang paling aku sayang skali di SK Kerdau. Dah lost contact.

Puan faziana
pendidik aku yang mule² skali selepas ayah aku. Bekas guru pra sekolah SK Kerdau.

Cikgu Redza
Tak ingat mengajar ape. tapi pernah kene bantai ngan diew skali sbb tak siap kije skolah, padahal dok sebelah umah aku je. & kesan sampai skang aku ingat. ngee ~

Cikgu Azhar
Bekas guru muzik aku di SK Kerdau. lost contact jugak dah. huhu.

Madam Luna (Sarawak)
Juga bekas guru English di SK Kerdau.

Cikgu Fuziah
Bekas guru Prinsip Akaun aku di SMK Kerdau. Ibu angkatku. sampai skang melekat aku amik bisnes. heh². V Cool !

Cikgu Syed Taha
Bekas guru BM aku di SMK Kerdau.

Ustaz Borhan
Bekas warden SMA Al-Khairiah. Pernah gak kene ligan dengan diew sebab x twon surau, bangon lambat pegi sekolah, fly malam². haha. gile jahat aku. huhu. tapi tu dulu la. Skang da baek. Insap².

Cikgu Arip
Warden Aspura SMK Temerloh. Diew baek ! Juga guru pengakap aku.

Cikgu Harmoni
Guru BM di SMK Temerloh. Super kool ! ibu aku sampai mati. Sangat banyak kenangan walaupun hanya 1 1/2 tahun bersama di fm6.

Cikgu Siti F
Guru pengajian Perniagaan sewaktu di fm6. Juga guru pengakapku.

Cikgu Fadzilah
Gurm BM di SMK Kerdau. Masih mengajar disana

Cikgu Saadiah
Guru mengajar Sejarah di SMK Kerdau. Sedikit goyang ngan die sbb die jiran aku. Kalo ade masalah aku wat musti sampai kat mak aku dulu. Huiii..

Cikgu Mega
Same gak. Jiran aku. Kalu die & Cikgu Saadiah borak ngan mak aku sambil mengubah bunga kat mini nursery bawah rumah tu. Uiii. sangat x senang duduk aku. haha.

Miss Chin (bukan miss lagi dah kot ???)
Another English teacher of me in SMK Kerdau. Semua keempat 4 guru BI aku dari mule sekolah rendah Sampai la abis sekolah sangat² besh. Sebab tu la BI aku lagi tinggi dari sume² sabjek. LOL. zzz.

Cikgu Syed Ali & Cikgu Rozali
Oh ! 2 orang guru kaunselingku di SMK Kerdau. Dua² sangat sempoi & 1 kepala ngan aku. psst ! Kalu nak taw, dlu aku pengerusi kelab kaunseling la. adoi. hancus².

Akhir sekali aku ingin mengucapkan setinggi² penghargaan buat semua guru yang telah mendidik aku dari kecil hingga kini termasuk juga abah aku yang dulunya juga seorang guru. Aku sangat berterima kasih kepada mereka kerana, tanpa mereka, tidak akan aku berdiri teguh hingga hari ini. Terima kasih guru²ku. Hanya tuhan yang mampu membalas segala jasa & ilmu yang telah diturunkan kepada ku. Tanpa Guru, siapalah aku, siapalah kita, & siapalah orang² yang berjaya di sekeliling kita. Tanpa didikan dari seorang guru, ibarat hidup dalam kegelapan yang xkan terang sampai lah sudah. Oleh itu, jom la kita sama² mengucapkan :

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA GURU, WARGA PENDIDIK YANG BERTUNGKUS LUMUS TIDAK BERHENTI MENDIDIK ANAK-ANAK BANGSA UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA & BERJASA KEPADA NEGARA



Psst !
* Walaupun tidak seorang pun cikgu di atas neh yang korang kenal, mungkin juga ade yang kenal, aku tetap ingin memperkenalkan mereka, agar korang taw, siapa yang telah mengajar, memberi ilmu & semua² la kepada aku. tak sikit banyak & begitulah sebaliknya. Tak pernah aku lupa untuk menghargai dorang, mendoakan dorang sejahtera dunia & akhirat. Aminnn....
* Alah. banyak lupe la. reupdate later oke. refresh kepala sebentar. LOL ! hihi.
* Kepada yang tidak disenaraikan. Aku bukan melupaimu, kamu semua tetap dalam hatiku, ajaranmu, ilmu yang diturunkan padaku semua ku sematkan di hati & kepala ini. Cuma apa yang ingin ku luahkan. Aku hanya manusia biasa, banyak melakukan kesilapan & bukan seorang yang terlalu cekap untuk mengingat sejarah perjalanan hidup selama hampir 22 tahun ini.
* Untuk mendalami lagi pengertian seorang guru, sila klik di sini untuk melawat laman web rasmi "Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2009".

All image, content, data & everything in this blog are copyrighted subject to beautiFOOLive™. Simply do not copy any of this blog content without proper permission. Using other peoples thing may be bad maners, or worse, copyright infringement. Cooperation will be appreciate much. thnx.

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Copyright © 1987-2009.Saint77 Art & Design™